Thursday 28 April 2011

Cinta??

BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.




Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamakmembuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah,maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir kejenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.

DOA PENERANG HATI


" Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniakan aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasi sayang. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat-Mu ya Allah Yang Maha Kasih dan Sayang. "