Sunday 4 December 2011

10 wasiat mama

ma pesan dk tempat orang jangan buat berani sangat....jangan makan banyak sangat nt gemuk...jangan couple...jangan berkawan dengan orang bukan2,cari kawan2 baik jer....jangan banyak tido....jangan terlalu boros...jadilah seorang yang pembersih....jangan jahat dengan orang....jangan kuat on9....n lastly jangan terlalu percayakan orang...,.ma pesan...em ikut ja ar walaupun xdek la sebaik tu..hik3...kadang2 kita perlu mencuba buat perkara baik2 yang kita xpernah buat...huhuhu...bkn mksud xpernah tapi jarang2 n kadang2 buat pekara tu...=)

9:39 pm.

Wednesday 23 November 2011

Cara BUat Kek Coklat Basah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Bahan A :-
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
  • 1/4 cwn gula pasir
  • Bahan B :-
  • 250gm Buttercup
  • tepung kek + susu tepung = 2 cwn
  • 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
  • 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
  • sedikit badam
  • sedikit esen vanilla & perisa rose
  • Hiasan : -
  • 100 - 150 gm coklat masakan
  • sedikit minyak masak
  • sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)



Cara-cara

  1. Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
  2. Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
  3. Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
  4. Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
  5. Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
  6. Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
  7. Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
  8. Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
  9. Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.
  10. ** kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Past tuh ikut semula step last tadi.... Selamat mencuba...

YUmmy!!

alkisah lar...sebenarnya xpernah makan sup ketam..ari ni 1st time makan..huhuh...best la jgk..pandai k.ina buat..hihi...Angah plak wat steamboat...ok la jgk...makan bersama nasi...terima kasih semua kawan2 kerana sudi masak and makan bersama ngan saya....lain kali wat lagi taw...tapi sebenarnya aku lebih suke makanan kampung...macam ikan perkasam ker...best tu...ari tu tunang abang aku bagi ikan perkasam kat my mother...tp aku jer yang habiskan..makan ikan perkasam bersama nasi panas....best sangat...sekarang musim hujan,kalo ada ikan perkasam kan best..tapi nak wat camner kalo bukan kat kampung xsedap perkasam..musim hujan cam ni kalo petang2 makan ubi kayu rebus bersama kopi o panas...best gilak tuh..huuhuhu....sekarang teringin sangat2 nak makan masakan kampung...rindukan kampung halaman..wawawawa.....

Tuesday 22 November 2011

Lara Sungguh Jiwa...

sebenarnya xde ape yang nak dikongsikan....juz tuk hilangkan kesedihan sahaja....
emh macam mengantuk,tapi bila kejam mata tak nak tido plak dh...
mungkin terlalu banyak memikirkan sesuatu...biarlah ianya hanya aku dan Allah sahaja yang tahu benda ni...
kadang2 rasa nak menangis...tapi di kuatkan semangat supaya orang xtaw and xnampak kesedihan ini...
yer la mungkin sesetengah benda xperlu nak share dengan orang...kalo bab2 ceritakan problem besar xske bercerita kepada orang...biarlah mengadu kepada Allah...Allah maha adil..Insyaallah dia boleh bantu aku menhadapi segala cabaran dan dugaan ini....yer la bila umur  da meningkat makin banyak perkara yang perlu di fikirkan....mungkin hanya tentang kesedihan sahaja yang dapat di luahkan....selebihnya biarlah daku pendam sendirian...

mood = sad..angry...scary...
1:08 am....

My Name Is Sue!!

don't call me 'som'....SOM??plik sangat la nama tu...emh dlu kawan kat sekolah panggil camtu...ingtkn lepas hbis skolah da xder bnda tu...tp skang ada jgk la kawan2 aku panggil cmtu..em ye ah nk wat cmner kn...tp dari lubuk hati ni,aku malu orang panggil aku 'som'...macam nama orang2 tua lar....huhuhu...

aku xmarah pun dorang panggil nama tu..tp aku malu jer..hik3...
yer la ma abah aku bg sedap2 nama leh plak dorang panggil camtu...isk3....

sekarang ni ada sorang mamat ensem ni sangat menarik perhatian aku...aku suke giler kot tgk cara dia...tp aku xnak pon dia juz suke tengok jer....tp macam pinang di belah dua kot..hahhahaha.....xper la xnak pk ah benda2 tu semua...ok daaaaa..ngntuk la plak....

12:53tgh mlm...ngntuk...perlu REST!!

Sabar Sayang..

sabarlah duhai sayang...
hanya sekejap sahaja....
kejayaan lebih penting sayang...
kerana akan mengembirakan ibubapamu..

sayang...
menimba ilmu adalah sangat dituntut....
jadi dengan adanya ilmu di dada kita boleh ke mana sahaja...
dengarlah nasihat ibubapamu sayang...
Insyaallah hidupmu berkat sayang...

"tuntutlah ilmu walaupun ke negara cina"....

sayang....
sesudah berjaya carilah pasanganmu..
sesungguhnya manusia sangat memerlukan pasangan...
carilah yang beriman....
yang mampu membimbingmu....

sayang.....
setelah berpasangan......
janganlah kamu lupa kepada kedua orang tuamu...
jagalah mereka di hari tua ini...
dan janganlah kamu bersikap kasar kepada mereka...

sabar sayang....
dengan kerenah kedua orang tuamu...
mereka sudah kembali kepada zaman kanak2...
semasa kamu kecil mereka melayan kerenah kamu...
di hari tua mereka kamu pula yang kena layan kerenah mereka...
Insyaallah hidup kamu akan diberkati Allah..

buah fikiran : Jiwa Lara  4:40pm




Wednesday 2 November 2011

YA ALLAH

YA ALLAH.....lekanya hambamu ini YA ALLAH....walaupun berada di persinggahan sementara masih banyak mengingkari dan meninggalkan sagala perintah dan suruhanmu....tanda2 persinggahan mahu berakhir semakin hari semakin jelas terpancar...ramai umat islam yang leka dan alpa dengan segala kenikmatan di persinggahan sementara ini...mereka semua sibuk mengejar harta dunia dan tidak pula sibuk mengejar harta akhirat sana...YA ALLAH sedarkan dan sampaikanlah hidayah kepada mereka ini semua YA ALLAH...sesungguhnya engkau maha pengampun, maha pemurah lagi maha penyayang....sebelum dunia bergoyang menjadi kepada asalnya marilah kita sama2 menunaikan dan melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan olehnya...AMINNN...

Saturday 22 October 2011

OrAnG tAk MinAt..

uish tension jgk.....kita ni punya la promot barang habis air liur....
tp orang xminat....mesti menyampah punya kn..huhuuhh...
yer la kita kadang2 xleh gak nk mrh kat org kn..hiihiihii...
aku skang wat part time kat sbuah kdai...
nak jadi ceritanya ada lar sorang customer tu nampak hebat giler pakaian die...
aku pun cakap lar,"yer kak masuk tgk dulu"...
dia pn msuk la dlm kdai ni....kalo xsilap aku lama ugak kat dlm kdai aku...
da xtahan sangat tunggu lama aku pon duduk la atas kerusi kat meja cashier....
dlm 10minit dia pn g tempat aku....
dia tanya aku cmni ah,"dik kau beli kat mane semua almari letak barang2 ni??"
aku pn jawab.."kak saya kat sini bekerja sahaja,saya xpernah amik taw pasal almari bli kat mane nie"
akak tu pun jawab.."macam ni dari tadi ag akak nampak almari ni cantik"..
so kesimpulannya dia datang kedai aku bukan nak bli barang,tp nk tgk almari barang....
buat penat jer aku tunggu die kn....
yer la dugaan bagi orang2 yang menjaga kedai orang...hihihihhi...
tapi aku agak bengang la ngan akak tu bleh plak dia tanya pasal almari...
kalo cakap awal2 xder la aku bengang camtu....isk3
nasib badan..isk3...

Tuesday 4 October 2011

saat2 bahagia lepas habis exam short sem.....heepppyyy....

Friday 12 August 2011

layar keinsafan^-^

YA ALLAH....knp la ramai umat islam yang xbpuasa d bulan Ramadhan ni......d bulan y mulia ni banyak sangat kes pecah rumah berlaku...kes pecah tabung masjid pun banyak...inilah dikatakan dugaan bagi orang2 y terlalu mengikut hawa nafsu...YA ALLAH bukakanlah pintu hati merteka2 YA ALLAH....AMIN....:-)

Friday 27 May 2011

Kualiti-Kualiti & Jati Diri
Pelajar Cemerlang (A. B. C. D. E. F. G. H. I.)


Pengenalan 

Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.

Pelajar Cemerlang

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. 

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas 
 Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.




Dedikasi 
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 



Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 


Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 


Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 


Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untukmencapai kejayaan dalam kehidupannya.


Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.


Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.


Wednesday 25 May 2011

An Entrapment

My love, I have tried with all my being
to grasp a form comparable to thine own,
but nothing seems worthy;

I know now why Shakespeare could not
compare his love to a summer’s day.
It would be a crime to denounce the beauty
of such a creature as thee,
to simply cast away the precision
God had placed in forging you.

Each facet of your being
whether it physical or spiritual
is an ensnarement
from which there is no release.
But I do not wish release.
I wish to stay entrapped forever.
With you for all eternity.
Our hearts, always as one.

POEM

A Special World

A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

Friday 20 May 2011

ALAHAI....

Buat kan salah....xbuat pown salah jgk...
cmner ni???erm sbr jew lar....
nt kalo wat org msti pakat dk ngata...erm cmner yer??
xda k sape2 y bek ati nk tlg ni.....
mood skrg tngah risau....pikirkn ape ye??
##@@%%7???###%!!?@3?

Sunday 8 May 2011

8/5/2011-10:43 PM

Erm..... dA Nak KeNA PinDAh bilIK La PuLAk.........
nGADA2 toL la.......
aku xske La McM Ni....isk3.....sabor2....
aKu nGAh piKiR Ni...sApeR La rooMaTe AkU Nanti sHOrtsem ni....sAPe eak??
xPE nt aku Taw...aKU Nk WAllpost kat dlM BLog sAPe rooMAtE akU..hehehe...
bior DoRAng PeMEs siKEt....
aKU sbnrNYA xDA aPe NaK wAt nie....
xpe Aku KuAtKan sEmANgAt nak stAy up UgAk MLm ni...
tp......cAm MaLaS JEW.....CmneR Ni??
nAK keNa cOL si diA K??HEHEHEHE.....Bior dApaT SemANgat cikEt.....
tp DiA Mcm majuk NGan aku jew??huhuhuhu....PerAsaAn JeW kOt...huhuhu....
k la....nAMpAknyA, AkU Da xLArAT LA....Nitezzzz.......

Saturday 7 May 2011

BoWinK!!!!

erm nsib bek roomate aku xblik...kalo x mesti aku boring gler...esok nk g jalan2 lar....
erm mesti si dia marah kalu taw aku kuar...dia xske sangat aku g jalan2 ni..tp nk wat cmne da memg bowink tahap dewa ni....aku saje jer nk luahkan ape y tbuku d ati aku ni...memg la ni mngu exam tp dop larat r nk ngadap bku sokmo..huhuhuhu....aku ni bknya rajin sangat nk bce2 bku ni..hehehehe..
ma n abah slalu p/s blajar sungguh2 bia dpt keje elok nt....

Friday 6 May 2011

dugaan2....

hai......blog ni aku da wat mcm diary aku dah...
aduhai TENSION gler ari ni.....ye la..mane xtension nyer...da sampah kat dpn blik aku ni da berulat ...
yang aku xthnyer ada sorang bdk 2 lalu, pas2 dia ckp..."blik ni xreti jaga kebersihan lar".......
aku grm gler ble dgr dia kta cm2...sbnrnya smpah 2 bkn blik aku y pnya la...orang len y g buang dpn blik aku...
alahai sengal la...entah la minah mane ntah y buang 2...
tp xpe la aku trima dengan redha jew...aku pon amik plastik itam isi sume sampah2 yang kua 2...n than msa aku ngah BENGANG 2..dtg la sorang minah ni...dia ckp alahai sue rajin nampk...aku dlm ati ni...apesal la bengap sangat budak ni.....kalo aku xrajin sape ag nk wat kan...isk3.....

tp xpe la wlaupn bengang aku masih xhbis2 ag...aku cube bersabar....kan الصبر من الإيمان........
well aku pn da xlarat nak layan sume ni...xpe2..aku cube bersabar...
tapi dengan tibe2 aku rase happy sangat2 coz jup ag abg aku nak dtg la...erm aku rasa mcm gatal tangan jer ni...mcm nk bleh sesuatu jer..hihihihi....


Thursday 28 April 2011

Cinta??

BERKORBAN apa saja ungkapan sesuai bagi menggambarkan keadaan pasangan yang asyik dilamun cinta.

Mereka sanggup melakukan apa saja demi cinta sehingga maruah dan kehormatan diri tergadai. Terdapat juga yang asyik bercinta dengan ‘pak hitam’ dan ‘bapak dari seberang’ lalu lari meninggalkan keluarga dan menderita di negeri orang.




Akibat hubungan cinta terlarang juga terdapat pasangan kekasih yang tergamakmembuang bayi tanpa nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Justeru, Islam sangat mengambil berat persoalan ini kerana jika tidak diurus baik pasti akan mengundang perbuatan zina.

Untuk menentukan supaya percintaan berkenaan mencapai matlamat perkahwinan yang disyariatkan, beberapa nasihat berguna boleh dijadikan panduan pasangan yang asyik dilamun cinta. Cinta sejati dan hakiki hanya untuk Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.

Semua ini dilakukan demi memperhambakan diri kepada-Nya sambil mengharap beroleh kenikmatan menyaksikan zat-Nya Yang Mulia di syurga.

Begitu pula cinta kepada Rasul yang wajib didahulukan daripada cinta kepada makhluk sebagai syarat untuk mendapat syafaat al-kubra di akhirat kelak.

Perkara ini pernah ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu cinta kepada tiga perkara; Cinta kepada Nabi mereka, Cinta kepada ahli keluarga Nabi dan cinta kepada al-Quran”.

Segala perlakuan mesti dimulai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah,maka begitu pula apabila ingin bercinta dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah sebagai ikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang secocok dan berakhir kejenjang pelamin.

Jika ditakdirkan terjadi perpisahan, perpisahannya juga kerana Allah supaya setiap pasangan pasrah akan takdir Ilahi bahawa tiada jodoh antara mereka dan menerima dengan hati terbuka.

Bercinta bukan tiket untuk menghalalkan apa saja. Oleh itu, setiap pasangan wajib menjaga batas pergaulan.

Elakkan bersikap memandang remeh terhadap perbuatan saling berpegangan tangan yang diharamkan kerana akan mengundang dosa lebih berat sedikit demi sedikit. Tujuan bercinta bukan sekadar untuk berseronok dan selama-lamanya. Ia hanya perintis jalan untuk berkenal-kenalan sebelum melangsungkan pernikahan yang disyariatkan.

DOA PENERANG HATI


" Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniakan aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasi sayang. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat-Mu ya Allah Yang Maha Kasih dan Sayang. "